sebuah persahabatan

Monday 5 September 2011

bEst frENd 4 eVer


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
A TruE FriENd is An
AngeL SENt bY GOd

A TRue FRieND,StanDArD By YouR sIdE

TRoUgH THe Bad AS WeLL THe GooD

And LOves yOu WheN Don"t

LOve YouRsElf

SoMe PeoPle PAss TRouGh THIs WorLd,

And LEaVe It JUst As THey FOunD It,

BUt PEopLe LIke You TAke The TimE To dO SpeCiaL THingS FOr OTHers THAt MAke thE wOrLd MOre BEautIFuL,

THAnk YOu mY FRieND!!





Sunday 4 September 2011

TeMan SaHaBaT

sUrAt UnTuK sAhAbAt

Sahabatku,
Iman dan hati manusia itu berbolak balik. Andai suatu hari nanti aku diuji dengan diri ku sendiri. Langkah ku tersasar dari jalan yang benar, apakah kau akan meninggalkan ku sendiri? Membiarkan aku terus dengan kesesatan? Sentiasalah bersamaku, sahabat. Nasihatilah aku dengan hikmah. Jangan gunakan kekerasan kerana api jika disiram minyak pasti akan membara. Nasihatilah tanpa menyakiti. Janganlah kau menghukum, mencemuh dan mencaci dibelakangku 'dulu dialah yang mengajak orang berbuat baik tetapi hari ini dialah yang melakukan kejahatan itu' kerana mungkin kau lupa bahawa manusia itu selalu diuji dengan apa yang diperkatakan. Tidak mustahil kau akan diuji seperti ku jua.


Sahabatku, 

Saat aku terduduk diuji dengan hartaku (ilmu, duit, keluarga dll), adakah kau akan terus bersamaku? Memberi kata - kata semangat dan motivasi kerana aku sangat-sangat perlukannya. Jika kau tidak mampu memberi harta, cukuplah kau memberi telingamu sebagai pendengar yang setia. Mendengar keluh kesah ku. Sentiasalah mengingatkanku untuk mengingati Allah supaya hatiku kembali tenang ketika dugaan hebat menguji. Seandainya kau tidak mampu untuk terus bersamaku, tidak mengapa, mungkin kau lupa manusia itu pasti akan diuji  dengan hartanya. Bila kau terduduk dengan ujian itu, percayalah kau akan mencari-cari sahabat setelah kau mengadu kepada Allah. Sesungguhnya manusia tidak boleh duduk sendirian di dunia. Kita memerlukan teman. 

Saturday 3 September 2011

Alangkah Beruntungnya Seorang Sahabat Sejati



Alangkah indahnya seorang sahabat, yang ketika kita berbuat salah ia menegur dan menasihati, bukan kerana rasa benci, namun kerana begitu cintanya ia terhadap kita sehingga tak bosan-bosannya mengingatkan akan sebuah kebenaran. 


Terkadang kita terlupa, termakan oleh ego diri, merasa lebih baik, lebih banyak makan asam garam, sehingga menafikan sebuah kebenaran yang sebenarnya datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya



Alangkah indahnya petunjuk Rasulullah SAW perihal memilih sahabat. Beliau mengumpamakannya dengan penjual minyak wangi dan si tukang besi. Jika berteman dengan penjual minyak wangi,maka sedikit sebanyak kita pasti akan mendapat dan mencium wanginya. Sedangkan berteman dengan seorang pembuat besi, bisa-bisa percikan apinya mengenai tubuh kita dan juga bau busuknya.


Soalnya, adakah kita telah menjadi salah seorang yang layak digelar sahabat sejati?


sahabat sejati lebih berharga



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menimbulkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya…


Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda
saat anda tidak memberikan apa-apa kpada mereka ??
MEREKALAH SAHABAT ANDA
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

Friday 2 September 2011

Jika tak ada seorangpun yang mau bersahabat dengan kita?


Ketika tak ada lagi orang yang mau menjadi sahabat kita, kita tak perlu lagi risau. Masih banyak hal yang boleh  menghilangkan kesepian dari hidup kita. Boleh saja kita memelihara seekor binatang peliharaan dan menjadikannya sahabat. Tidak masalah. Seekor haiwan tidak akan mengkhianati kita. Perbanyakkan ibadah akan membuat hidup kita merasa tentram. Jikalau tiada lagi manusia di atas bumi ini yang bersedia menemani kita, maka masih ada Allah SWT yang selalu mengiringi langkah kita dimanapun kita berada.

Kita adalah satu tubuh. Satu rasa meski dengan berbeza warna. Ketika kau sendiri. Ketika kau dilanda sepi. Ketika kau memerlukan seorang sahabat. Sahabat yang kau cari tanpa henti. Sahabat yanga kan slalu menjadi malaikat bagimu. 

Thursday 1 September 2011

jiKA


Jika kamu ingin mencintai dan dicintai maka
 carilah sahabat


 Jika kamu ingin mempercayai dan dipercayai maka
 carilah sahabat

 Jika kamu ingin berkorban demi orang lain maka
 carilah sahabat

 Jika kamu ingin punya hubungan kuat dengan orang lain maka
 carilah sahabat

 Jika kamu ingin merasa nyaman bersama orang lain dan merekapun merasa 
  nyaman bersama kamu maka carilah sahabat

CARILAH SAHABAT KEMUDIAN
BERTAQWALAH KEPADA ALLAH
YAKINLAH DAN JANGAN TAKUT
MERUPAKAN SESUATU YANG TERINDAH YANG KAMU MILIKI