sebuah persahabatan

Sunday 4 September 2011

sUrAt UnTuK sAhAbAt

Sahabatku,
Iman dan hati manusia itu berbolak balik. Andai suatu hari nanti aku diuji dengan diri ku sendiri. Langkah ku tersasar dari jalan yang benar, apakah kau akan meninggalkan ku sendiri? Membiarkan aku terus dengan kesesatan? Sentiasalah bersamaku, sahabat. Nasihatilah aku dengan hikmah. Jangan gunakan kekerasan kerana api jika disiram minyak pasti akan membara. Nasihatilah tanpa menyakiti. Janganlah kau menghukum, mencemuh dan mencaci dibelakangku 'dulu dialah yang mengajak orang berbuat baik tetapi hari ini dialah yang melakukan kejahatan itu' kerana mungkin kau lupa bahawa manusia itu selalu diuji dengan apa yang diperkatakan. Tidak mustahil kau akan diuji seperti ku jua.


Sahabatku, 

Saat aku terduduk diuji dengan hartaku (ilmu, duit, keluarga dll), adakah kau akan terus bersamaku? Memberi kata - kata semangat dan motivasi kerana aku sangat-sangat perlukannya. Jika kau tidak mampu memberi harta, cukuplah kau memberi telingamu sebagai pendengar yang setia. Mendengar keluh kesah ku. Sentiasalah mengingatkanku untuk mengingati Allah supaya hatiku kembali tenang ketika dugaan hebat menguji. Seandainya kau tidak mampu untuk terus bersamaku, tidak mengapa, mungkin kau lupa manusia itu pasti akan diuji  dengan hartanya. Bila kau terduduk dengan ujian itu, percayalah kau akan mencari-cari sahabat setelah kau mengadu kepada Allah. Sesungguhnya manusia tidak boleh duduk sendirian di dunia. Kita memerlukan teman. 

No comments:

Post a Comment